Aku dilahirkan di sebuah building yang besar-besar belaka. Aku tidak tahu sapa mamak aku sebab aku tidak nampak setengah bulu hidungnya sebaik saja aku dilahirkan. Betapa kesiannya aku pada masa itu. Akan tetapi, aku berasa sedikit lebih ok sebab aku nampak beberapa makhluk sesama spesies cam aku juga tak bermamak. Lepas dilahir, aku dipakaikan dgn baju yg berwarna putih dan lepas tu dimasukkan ke dalam satu tempat yg teramat selesa dan dikurung di dalam. GELAP! Tapi tak apa. Aku berasa selesa mcm ini. Lepas itu, aku dibawa tidak tahu ke mana.
Ada orang cakap. Ada orang mahu keluarkan aku. WHOA! Terang nyee! OI! Tutup pintu! Jgn kacau aku! "hmm... ini ok. diterima," cakap owang kat luar sana. Ada juga owang mahu aku. Entah kali ini pergi mana lagi. Boring aku.
Beberapa lama kemudian, ada owang sentuh aku. Aku dibawa entah ke mana lagi. Memang menjadi lumrah hidup ini dihantar ke sini dan ke sana. Akhirnya, aku sampai di suatu tempat. Aku dibuka dan dikeluarkan. WHOA. Lamak aku dalam sana. Ramai orang datang tengok-tengok aku.Wao. Rasa bangga. Mulai hari itu, aku tidak lagi berasa keboringan.Tiap-tiap hari, ada orang tengok aku.
Beberapa tahun kemudian, aku punya tiap-tiap hari menjadi semakin busy. Itu owangs selalu mahu aku ingat ini dan ingat itu. Aku berasa otak aku mahu meletup hingga berkecai. Aku selalu kekurangan waktu tido. Itu owang tidak mahu aku tido. selalu mahu aku bangun. Penat aku.
Tiba-tiba pada suatu hari yang cukup malang. Aku diserang virus yang begitu kurang ajar. Otak aku terasa begitu seksa sekali. Aku mahu bangun, tapi tak dapat bangun. Itu owangs mahu selamatkan aku tapi tak dapat. Akhirnya, aku terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan intensif. Selepas dirawat, aku berasa begitu segar sekali. TAPI! Aku tak ingat apa yg owang itu mahu aku ingat. Segala barang di dalam otak aku telah dikosongkan. Celaka punya virus! Sial lu! Lu buatkan aku hilang ingatan. Aku tidak akan dapat mengampunkan you.
Akan tetapi, aku berasa bersyukur kerana masih hidup di dunia ini. Owang itu juga berasa happy sebab aku sudah balik ke pangkuannya tapi ada sedikit tidak happy kerana aku hilang ingatan. Owang itu yang dimaksudkan ialah owner aku. Lu baca sampai sini, adakah you tahu apa aku ini? Aku ini proudly to be katakan ialah sebuah komputer milik Royal Sipootie.
Long time din write autobiography..... HAHAHAHAH~ sounds stupid writing it again after...more than 5 years....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














0 comments:
Post a Comment